Kenapa Penggunaan Kad Imbasan Amat Efektif?

(Dipetik daripada buku Cara Mudah Mengajar Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris Untuk Sekolah Rendah)

Oleh: Mohd Yusoff Noordin                     


Kenapa penggunaan kad imbasan amat efektif?

 

Antara sebab kad imbasan amat efektif untuk digunakan dalam pemelajaran Sains dan

Matematik ialah:


1.   Kebanyakan kad imbasan yang sesuai untuk pemelajaran

mata pelajaran Sains dan Matematik ada dijual di kedai-kedai buku. Oleh itu, amat mudah untuk anda mendapatkan kad imbasan yang sesuai dengan kehendak murid-murid di kedai-kedai ini.
 

2.   Penggunaan imej, gambar, kartun dan sebagainya

memudahkan murid-murid memahami dan mengingati topik yang telah dipelajari.


3.   Kad imbasan bersaiz kecil dan boleh diletak di dalam poket dan mudah

      untuk dibawa ke mana-mana. Dengan ini, murid-murid akan cenderung untuk mengulang kaji

      topik-topik yang telah dipelajari.

 

 

Faktor yang perlu diambil kira dalam menggunakan kad imbasan


Sebagai pendidik, anda sendiri sudah boleh mengenal pasti topik-topik yang sesuai diajar menggunakan kad imbasan sebagai bahan bantu belajar dalam pengajaran anda. Bagaimanapun, berikut ialah faktor-faktor yang boleh diambil kira dalam mengenal pasti topik yang sesuai untuk menggunakan kad imbasan:


 

 

1.  Topik yang memperkenalkan kosa kata kepada murid-murid

Topik-topik sebegini merupakan topik yang amat sesuai untuk anda menggunakan kad imbasan bagi memudahkan murid-murid anda menguasai kosa kata tersebut dalam masa yang singkat. Penggunaannya lebih efektif jika kosa kata tersebut boleh digambarkan dengan imej atau gambar.


2.  Topik yang mengandungi formula-formula

Mengajar topik yang mengandungi formula-formula Sains dan Matematik juga amat sesuai untuk anda menggunakan kad imbasan.

 

  Ke atas