Kaedah Permulaan Perbualan : Menyapa Orang Lain dan Memperkenalkan Diri

(Dipetik daripada buku Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris)

Oleh: Mohd Yusoff Noordin                     


Kaedah Permulaan Perbualan

Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda sebenarnya belajar cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda cuma belajar teknik untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian

menamatkan perbualan itu mengikut kesesuaian situasi.

 

Tujuan 3:

Menyapa orang lain dan memperkenalkan diri

 

Cara anda menyapa orang lain dan memperkenalkan diri akan membentuk imej anda pada pandangan orang lain, terutamanya apabila pertama kali anda berjumpa dengan orang tersebut. Jadi, adalah amat penting untuk anda menggunakan bahasa dan cara yang betul dan berhemah apabila anda menyapa orang lain dan

memperkenalkan diri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda

gunakan untuk memulakan perbualan:

 

Menyapa orang lain

 

Anda cuma perlu menyapa orang lain apabila pertama kali berjumpa dengan orang itu pada hari itu. Pastikan sapaan anda itu bersesuaian dengan masa.

 

 

Hello/Hi.

 

Good morning.

Selamat pagi.

* Good morning digunakan apabila anda berjumpa dengan seseorang pada waktu pagi sebelum pukul 12 tengah hari.

 

Good afternoon.

Selamat petang.

* Good afternoon digunakan apabila anda berjumpa dengan seseorang pada waktu petang selepas pukul 12 tengah hari hingga pukul 6 atau 7 petang.

 

Good evening.

Selamat malam.

* Good evening digunakan apabila anda berjumpa seseorang pada waktu petang/malam selepas pukul 6 atau 7 petang.

 

 

Info

Good night

 

Walaupun sapaan Good night kalau diterjemahkan secara bahasa akan memberikan maksud Selamat malam tetapi Good night tidak digunakan untuk menyapa orang lain pada waktu malam. Sebaliknya, good night digunakan untuk mengucap selamat tinggal sebelum berpisah pada waktu malam ataupun untuk diucapkan sebelum tidur.

 

 

Memperkenalkan diri sendiri

 

 

My name is…

Nama saya…

 

Hello, … (name)

Hello, ... (nama anda)

 

Contoh:

Hello, Yusoff. (jika nama anda Yusoff dan anda ingin perkenalkan nama anda kepada orang yang tidak mengenali anda)

 

Hi, … (name)

Hi, ... (nama anda)

 

I am…

Saya…

 

Selain sekadar memperkenalkan diri anda dengan menyebut nama anda, anda boleh juga memperkenalkan diri anda sebegini:

 

I don’t think we’ve met, I’m… /my name is…

Saya rasa kita tak pernah berjumpa, saya…/nama saya…

 

Have we met before? I’m… /My name is….

Pernahkah kita berjumpa sebelum ini? Saya…/Nama saya…

 

 

  Ke atas