Kaedah Permulaan Perbualan :

(Dipetik daripada buku Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris)

Oleh: Mohd Yusoff Noordin                   


Kaedah Permulaan Perbualan

Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda sebenarnya belajar cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda cuma belajar teknik untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian menamatkan perbualan itu mengikut kesesuaian situasi.

 

Tujuan 2:

Mendapatkan maklumat/Bertanya soalan

Dalam kehidupan sehari-hari, kita akan sentiasa memerlukan pertolongan orang lain terutamanya dalam mendapatkan maklumat atau bertanyakan soalan tentang sesuatu perkara. Kebanyakan orang yang ingin anda dapatkan pertolongan pula ialah orang yang tidak anda kenali langsung. Kadang-kadang orang yang ingin anda tanya itu juga sedang sibuk dengan kerja atau sedang melakukan perkara-perkara peribadi mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin sedang makan, membaca akhbar ataupun berbual dengan kawan-kawan mereka. Oleh itu, kedatangan anda    untuk    bertanyakan   sesuatu   kepada mereka mungkin sebenarnya mengganggu mereka. Jika anda tersilap tanya, anda mungkin dianggap biadab dan berkemungkinan orang yang ditanya tidak berminat untuk membantu anda. Oleh itu, cara anda memulakan soalan adalah amat penting.

 

Ada pelbagai cara untuk anda mendapatkan maklumat atau membuat pertanyaan. Cara anda memulakan pertanyaan amat penting kerana anda sebenarnya ingin mendapatkan pertolongan daripada orang lain yang tidak anda kenali. Berikut adalah beberapa contoh permulaan perbualan yang sesuai:

 

 

Excuse me. Could you tell me...?

Maafkan saya. Boleh tak beritahu saya...?

 

Could you assist me...?

Boleh tak awak membantu saya…?

 

I am sorry to bother you. Do you know...?

Maaf kerana saya mengganggu, awak tahu…?

 

I’m trying to…

Saya sedang cuba…

 

Excuse me sir/madam. Could you help me...?

Maafkan saya encik/puan. Boleh bantu saya…?

 

Do you happen to know...?

Adakah awak tahu…?

 

I’d like to know...

Saya ingin tahu…

 

Could you find out...?

Boleh tak awak cuba carikan...?

 

I’m interested in...

Saya berminat…

 

I’m looking for…

Saya sedang mencari…

 

 

Info

 

Jika anda ingin mendapatkan maklumat atau bertanyakan soalan kepada orang yang anda tidak kenali adalah lebih berhemah jika anda menyapa mereka dengan memberikan salam (jika anda dan orang yang ingin anda tanyakan itu ialah orang Islam) ataupun sekadar menyapa dengan menyebut hi, hello, good morning dan sebagainya. Anda juga boleh meminta laluan atau menyampuk dengan mengucapkan excuse me atau I am sorry.

 

 

Jika anda menggunakan telefon pula, anda boleh mulakan dengan:

 

I’m calling to find out...

Saya menelefon untuk mengetahui…

 

I’m calling to inquire…

Saya menelefon untuk…

 

I’m calling to know about...

Saya menelefon untuk mengetahui tentang…

 

I’m calling about...

Saya menelefon untuk...

 

 

Contoh pembinaan ayat

 

1. Could you tell me when the next commuter to Seremban will arrive?

    Boleh awak beritahu saya bila komuter seterusnya ke Seremban akan tiba?

 

2. I would like to know if I could get a bus to Puchong from the Central Market.

    Saya ingin tahu jika saya boleh dapatkan bas ke Puchong dari Pasar Budaya.

 

3. Do you happen to know where the nearest hospital is?

    Adakah awak tahu di mana terletaknya hospital yang berdekatan?

 

4. I’d like to know what you think about the work assignment given by our boss just

`  now.

    Saya ingin tahu apa-apa yang awak fikirkan tentang tugasan kerja yang diberi

    oleh ketua kita sebentar tadi.

 

 

  Ke atas