(Dipetik daripada buku Aneka Pilihan Pekerjaan Untuk Anda)

Oleh: Amin Hazyq                    


Adakah anda perasan bahawa kebanyakan iklan kerja di DALAM surat khabar tidak menyatakan jumlah gaji yang akan dibayar? Kebanyakan syarikat akan hanya memaklumkan bahawa gaji yang ditawarkan bertepatan dengan kelayakan dan pengalaman. Lazimnya, gaji hanya akan diiklankan untuk jawatan-jawatan tertinggi sahaja dan bagi iklan jawatan biasa, mereka akan meletakkan faedah yang bakal diperoleh, iaitu elaun rumah dan sebagainya.

Bagi jawatan eksekutif dan ke bawah, pasaran adalah lebih luas dan mudah diperoleh berbanding dengan jawatan senior.

Adakah anda tahu bahawa sebagai seorang graduan, majikan hanya akan memberikan anda gaji yang paling minimal, iaitu antara RM1000.00? Hal ini kerana syarikat lazimnya tidak tahu keupayaan sebenar calon. Jika calon dapat melakukan kerja dengan baik, gaji mereka pasti akan dinaikkan.
 

 

Jumlah gaji yang akan dibayar kepada pekerja merupakan keputusan yang paling sukar dilakukan oleh majikan. Mereka harus menimbangkan beberapa perkara sebelum membuat keputusan seperti:


Pengeluaran dan permintaan

Perjanjian pekerjaan kadar pengangguran, apabila permintaan pasaran

buruh meningkat, harga barangan tentu meningkat.

Gaji terkini calon

Gaji internal yang kompetitif

Pengetahuan dan kebolehan pekerja atau pengalaman lain yang berguna

Keuntungan syarikat syarikat yang tidak mendapat keuntungan agak sukar untuk membayar gaji lebih daripada minimum yang ditetapkan. Sebaliknya, syarikat yang kukuh dan mempunyai aliran tunai yang tinggi dapat membayar lebih daripada pasaran.

Polisi syarikat bergantung kepada pakej yang diberikan gaji dan faedah lain seperti elaun dan sebagainya.

Perbandingan dengan syarikat lain bagi jawatan yang sama jika anda melefon syarikat lain dan bertanya tentang jumlah gaji yang dibayar bagi seorang eksekutif, mereka mungkin menjawab RM2500.00 sebulan. Anda yang mendapat RM3,000.00 mungkin akan berasa gembira dan bangga. Perkara yang anda tidak sedari ialah di samping gaji syarikat tersebut juga membayar dua bulan bonus dan elaun lain seperti perumahan, perjalanan dan telefon bimbit. Anda harus melihat pakej secara keseluruhan.


Oleh sebab ada banyak faktor yang perlu diambil kira, majikan lazimnya akan hanya membincangkan gaji setelah mereka pasti anda ialah calon yang sesuai. Mereka juga akan membandingkan pengalaman, kelayakan dan kemahiran calon berbanding dengan kakitangan lain yang sedang melakukan pekerjaan yang sama.
 

  Ke atas