Penggunaan Poster dan Gambar Rajah Untuk Mendidik Anak-anak

 

Oleh: Mohd Yusoff Noordin

                     

Penggunaan poster dan gambar rajah
 

Poster ialah satu lagi alat bantu belajar yang efektif yang boleh anda gunakan untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Penggunaan poster dan gambar rajah boleh membantu murid-murid untuk lebih memahami terma-terma bahasa Inggeris yang digunakan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dan membolehkan mereka cepat menguasai konsep-konsep yang akan dipelajari nanti.

Ada banyak faktor yang membuatkan penggunaan poster ini satu pendekatan yang produktif dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah:

1.   Poster mudah didapati di kedai-

      kedai

Kebanyakan poster yang anda perlukan untuk digunakan di dalam kelas Sains dan Matematik boleh didapati dari kedai-kedai buku. Kebanyakan poster-poster ini menepati kehendak topik-topik tersebut. Poster-poster yang dibuat secara profesional ini adalah lebih menarik dan boleh menarik minat murid-murid anda untuk menjadikan poster sebagai sumber rujukan mereka.


2.   Boleh dibuat sendiri dengan mudah

Selain membeli poster-poster yang berkaitan dengan topik-topik yang akan diajar, anda juga boleh membuat poster-poster sendiri. Anda cuma memerlukan kad-kad manila bersaiz sederhana atau besar yang terdapat dalam pelbagai warna sebagai poster asas anda. Untuk kandungan poster anda pula, anda boleh menggunakan pelbagai media seperti meng-gunakan pen berwarna, gambar-gambar yang diambil sendiri dan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada Internet.


3.   Boleh dibuat bersama-sama dengan murid-murid anda

Untuk membuat murid-murid anda lebih teruja dan lebih berminat dengan poster-poster tersebut, anda boleh membuat satu aktiviti membuat poster bersama-sama dengan murid-murid di dalam kelas. Mungkin anda boleh menyediakan kad manila manakala bahan-bahan lain boleh dibawa oleh murid-murid anda. Anda boleh membahagikan murid-murid anda kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan membuat poster untuk topik-topik tertentu. Untuk membuat aktiviti ini lebih menarik, anda boleh juga menjadikannya sebagai satu pertandingan, iaitu kumpulan yang berjaya menghasilkan poster yang terbaik akan menerima hadiah.


4.   Poster bersaiz besar dan mudah dilihat

Poster amat sesuai digunakan sebagai alat bantu belajar yang boleh diletakkan di dalam kelas kerana poster bersaiz besar dan boleh dilihat dengan jelas oleh murid-murid. Sesekali, anda boleh juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan poster-poster yang terdapat di dalam kelas anda itu. Hal ini akan dapat memaksimumkan penggunaan poster-poster itu.

 

  Ke atas