Pengacara diibaratkan sebagai ‘nadi’ sesebuah majlis atau rancangan. Tanpa pengacara, sesebuah majlis atau rancangan menjadi hambar. Hal ini kerana fungsi utama seorang pengacara adalah untuk menghidupkan sesuatu majlis atau rancangan dan mengawal agar majlis atau rancangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

 

Memang bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi seorang pengacara baik pengacara majlis atau pengacara rancangan yang baik tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil. Jika anda tahu cara-cara dan tekniknya, anda mungkin akan mengatakan bahawa menjadi seorang pengacara merupakan pekerjaan yang senang.

 

Buku ini menghidangkan soalan-soalan yang mungkin menjadi tanda tanya dan diharapkan jawapan yang disediakan mampu memberikan keyakinan diri kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba untuk menjadi seorang pengacara yang serba boleh.