Nilai Diri Anda Melalui Ujian Kebolehan, Ujian Personaliti dan Ujian Motivasi

 

Adakah anda bingung memikirkan aliran atau kursus yang harus anda ambil yang sesuai dengan anda? Adakah anda ingin memilih aliran sains atau sastera? Mungkin juga perakaunan? Adakah anda sedang mencari pekerjaan, tetapi tidak pasti kerjaya apakah yang sesuai dengan kehendak dan personaliti anda? Ataupun anda sudah bekerja, tetapi masih merasakan bahawa pekerjaan yang anda lakukan tidak serasi dengan anda dan kerjaya tersebut sebenarnya bukan yang anda impi-impikan selama ini? 

 

Jika anda berada di dalam dilema untuk memilih, buku ini mungkin boleh memberi jawapan kepada soalan-soalan yang sedang anda cari selama ini.

  

Buku ini bertujuan untuk memberi panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam karier masing-masing. Buku ini dapat membantu anda menilai kebolehan diri anda dan seterusnya mentafsir bidang yang manakah lebih sesuai dengan kebolehan dan tahap pemikiran anda...