Tahukah anda bahawa bahasa Arab merupakan bahasa yang kelima paling banyak digunakan berbanding dengan 6912 bahasa yang terdapat di seluruh dunia? Saban hari semakin ramai yang berkunjung ke Tanah Arab dan Timur Tengah. Mereka ke sana bukan sahaja untuk melancong atau menunaikan rukun Islam yang kelima malah ada antara mereka yang membina kerjaya di sana. Keperluan untuk menguasai bahasa Arab semakin tinggi.

 

Tahukah anda bahawa bahasa Arab juga merupakan kunci kepada segala ilmu termasuklah ilmu kalam Allah S.W.T.? Fakta ini sahaja cukup jelas menyatakan betapa pentingnya bahasa Arab dalam kehidupan kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memajukan diri kita dengan mengenali bahasa syurga ini.

 

Atas sebab itu, buku Bahasa Arab Mudah Mengembara di Timur Tengah ini ditulis bagi membantu pembaca mencapai matlamat ini.