Penguasaan bahasa Inggeris yang baik memudahkan anda untuk melalui temu duga kerja dan juga amat membantu dalam kerjaya anda. Keyakinan yang tinggi untuk berbahasa Inggeris dapat memudahkan anda bercakap dalam mesyuarat, berurusan dengan pelanggan dan juga memberi ucapan. Buku ini ditulis untuk meningkatkan kemahiran anda dalam menguasai bahasa Inggeris dalam masa yang singkat dengan cara yang mudah. Penerangan dalam buku ini adalah dalam bahasa Melayu untuk memudahkan anda memahami topik-topik yang ditulis.

 

Amat diharap agar buku ini dapat mencetuskan semangat baru dalam diri anda untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda. Buku ini menyediakan asas yang diperlukan untuk anda memiliki kemahiran asas yang kukuh. Banyak tips yang akan diberikan dalam buku ini dan InsyaAllah jika anda mengikuti semua tips yang akan diberikan, anda dapat memahirkan diri anda dalam bahasa Inggeris.