Buku ini ditulis untuk membantu anda meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kerjaya dan kehidupan seharian anda daripada segi perbualan telefon. Apabila anda memulakan kerjaya dalam sesuatu organisasi, anda akan menyedari betapa pentingnya kemahiran perbualan telefon dalam bahasa Inggeris. Buku ini turut memberikan contoh perbualan telefon dalam situasi sosial yang boleh anda gunakan semasa berkomunikasi dengan sahabat atau dengan keluarga anda. Walaupun perbualan telefon sosial tidak memerlukan ketepatan tatabahasa ataupun grammar dan lebih bersifat tidak formal, anda masih perlu bercakap dengan betul agar pihak lain dapat memahami perkara yang ingin anda sampaikan dengan jelas. Amat diharap agar buku ini dapat mencetuskan semangat baru dalam diri anda untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris anda. Buku ini menyediakan asas yang diperlukan untuk anda memiliki kemahiran asas yang kukuh. Banyak tips diberikan dalam buku ini dan InsyaAllah jika anda mengikuti semua tips yang diberikan, anda dapat memahirkan diri anda dalam bahasa Inggeris. Setiap contoh perbualan telefon dalam bahasa Inggeris turut diberikan makna dalam bahasa Melayu. Oleh itu, buku ini boleh anda gunakan untuk berbual dengan baik melalui telefon sama ada dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu.