Semua orang mengimpikan kejayaan dalam hidup mereka. Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang mahu gagal dalam sesuatu usaha yang dilakukan, tidak kira sama ada usaha yang dilabur itu mencukupi ataupun tidak. Amat mudah untuk seseorang itu mengaku bahawa dia sebenarnya telah melakukan yang terbaik dalam sesuatu hubungan atau kerjaya mahupun perniagaan, tetapi apakah bukti atau kayu ukurannya?