Tentukan Hala Tuju Anda Selepas Alam Persekolahan

 

Adakah anda seringkali berasa keliru tentang masa depan pembelajaran anda?

 

Aliran apakah yang harus diambil?

Jurusan apakah yang bakal diceburi?

Adakah minat anda pada sesuatu jurusan itu bertepatan dengan dengan keupayaan anda dalam bidang akademik?

Mampukah anda memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk menceburi bidang yang anda cita-citakan?

 

Banyak persoalan yang sering menjadi tanda tanya setiap pelajar sebelum mereka menceburi dalam sesuatu aliran. Ada pelajar yang mendapat bimbingan daripada guru, ibu bapa, abang atau kakak untuk memilih aliran atau jurusan yang sesuai, tetapi adakah keputusan yang dibuat itu kerana paksaan keluarga ataupun kehendak pelajar itu sendiri? Buku ini bertujuan untuk membantu anda memilih aliran atau jurusan yang bakal anda ambil sesuai dengan minat dan keupayaan akademik anda.