Tatabahasa ialah hukum bahasa yang perlu dipatuhi oleh setiap orang terutama dalam penulisan. Namun yang berlaku sekarang ini, ketika menulis sesuatu sama ada rencana, berita, artikel, esei, surat atau sebagainya, kita melanggar tatabahasa gara-gara tidak mengetahui atau kurang faham akan tatabahasa. Jadi, sudah sampai masanya untuk anda belajar daripada kesilapan anda sendiri dan membetulkan kesilapan tersebut untuk diri dan pembaca anda.

 

Diharapkan buku ini dapat membantu sesiapa sahaja sama ada pelajar, guru, pegawai kerajaan, editor, wartawan dan orang ramai yang ingin menambah baik penguasaan bahasa Melayu. Penerangan dan contoh kesalahan yang dimuatkan dalam buku ini sememangnya memudahkan orang ramai untuk memahami tatabahasa dan seterusnya dapat meminimumkan kesalahan bahasa terutama dalam penulisan.