Pada amnya, industri percetakan terbahagi kepada dua, iaitu percetakan bahan berasaskan kertas, plastik dan logam; dan percetakan bahan berasaskan kain dan pakaian. Percetakan pakaian biasanya dipanggil ‘silk screen printing’ ataupun mencetak menggunakan skrin sutera. Percetakan PAKAIAN ialah proses memindahkan suatu REKA CORAK - sama ada daripada kertas, (hardcopy) atau dalam komputer (softcopy) - ke atas bahan yang berasaskan KAIN dan PAKAIAN, menggunakan TEKNIK-TEKNIK tertentu.


Buku Teknik Asas Percetakan Pakaian ini ditulis untuk memberi pendedahan mengenai cara-cara yang tersusun untuk mencetak pakaian. Buku ini ditulis berdasarkan minat, pengalaman, kajian, ciptaan dan pemerhatian penulis dalam industri ini selama lebih 10 tahun.


Semoga dengan ilmu yang diperoleh dalam buku ini akan menambah pengetahuan dan kemahiran, memenuhi masa lapang, meningkatkan kreativiti, menambah idea dalam pelbagai bidang yang lain dan seterusnya memupuk semangat keusahawanan agar dapat mencapai matlamat Wawasan 2020.