Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah. Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis.

 

Buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang tugas sebenar pengacara majlis.

 

Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian 1 - Pengacara Majlis

Bahagian 2 - Teknik Penulisan

Bahagian 3 - Kesalahan Bahasa

Bahagian 4 - Senarai Panggilan Hormat dan Pantang Larang

Bahagian 5 - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis

Bahagian 6 - Aneka Teks Pengacara Majlis