Buku ini ditulis untuk memberi anda asas-asas yang anda perlukan untuk meningkatkan kemahiran anda dalam perbualan bahasa Inggeris dalam masa yang singkat. Buku ini lengkap dan sesuai untuk anda yang ingin berbual dalam bahasa Inggeris dengan yakin kerana buku ini merangkumi aspek-aspek perbualan yang baik seperti etiket, tatabahasa, kosa kata, pengetahuan am dan contoh-contoh perbualan dalam pelbagai situasi yang boleh anda gunakan dengan yakin dan selesa. Penerangan dan contoh-contoh ayat dalam bahasa Melayu memudahkan anda memahami dengan jelas perkara yang diperlukan untuk memahirkan diri anda berbual dalam bahasa Inggeris.

 

Selain menggunakan buku ini sebagai panduan, anda juga perlu terus mencari sumber-sumber lain yang boleh memantapkan kemahiran perbualan anda lagi. Banyak bahan yang boleh anda gunakan sebagai rujukan seperi buku-buku cerita, akhbar, majalah dan juga laman-laman web. Sumber-sumber ini boleh membantu anda untuk melihat cara ayat-ayat dibentuk dan juga untuk meningkatkan pengetahuan am anda.