Apakah matlamat temu duga?
Temu duga diadakan untuk memberi peluang kepada majikan untuk lebih mengenali diri anda, mengenali personaliti anda dan menentukan sama ada anda sesuai atau tidak untuk jawatan tersebut. Kebanyakan pemburu kerja sering berasa sukar untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang ada dan kurang arif tentang teknik-teknik yang betul dalam memohon pekerjaan dan menghadiri temu duga.

Perkara yang penemu duga ingin tahu daripada anda
Antara perkara yang ingin dicungkil oleh penemu duga daripada anda adalah seperti berikut:
1. Mampukah anda berkomunikasi dengan baik?
2. Adakah anda seorang yang berfikiran terbuka atau senang melatah?
3. Mampukah anda menangani tekanan?
4. Bolehkah anda memikul tanggungjawab yang diberikan?
5. Adakah pengalaman atau kelayakan akademik anda relevan dengan

    jawatan yang ditawarkan?
6. Bolehkah anda menyesuaikan diri dengan situasi bekerja di syarikat

    mereka?

Buku ini menyingkap masalah yang sering anda hadapi ketika menghadiri temu duga dan memberikan jalan penyelesaian yang berkesan.