Mengenali diri sendiri dan menilai potensi yang ada pada diri anda ialah langkah pertama dan utama untuk mengubah dan membaiki nasib anda. Anda tidak boleh menukar haluan hidup anda tanpa mengenali terlebih dahulu diri anda sebenarnya. Anda harus membuat penilaian yang tepat dan ikhlas tentang kebolehan anda, hasrat dan cita-cita anda, serta kekuatan dan kelemahan anda. Hanya setelah mengenali diri anda dengan lebih mendalam lagi barulah anda mampu untuk mengambil langkah yang tepat untuk merancang hidup anda. Buku ini akan menunjukkan jalan ke arah mengenali potensi sebenar anda. Dengan membaca buku ini, diharapkan anda dapat membaiki kecekapan dan kemahiran sosial anda. Buku ini juga akan menunjukkan cara-cara untuk mempertingkatkan kebolehan anda apabila bergaul dan berkomunikasi dengan orang di keliling anda...