Kuasai kemahiran menyediakan kertas kerja program dan laporan aktiviti yang berkesan bagi meningkatkan kredibiliti dalam kerjaya anda!

Penulisan kertas kerja program dan laporan aktiviti merupakan dua perkara penting yang perlu dikuasai oleh semua orang tanpa mengira jawatan. Hal ini demikian kerana setiap pekerja perlu menulis kertas kerja program dan laporan aktiviti pada bila-bila masa yang diperlukan. Oleh itu, kemahiran dalam menulis kertas kerja program dan laporan aktiviti sangat penting dikuasai bagi meningkatkan kredibiliti dalam kerjaya.