Pengetahuan tentang protokol dan etiket majlis amat penting untuk kita ketahui sama ada sebagai penganjur atau petugas bagi sesuatu majlis ataupun sebagai tetamu dalam majlis tersebut. Sebagai penganjur atau petugas bagi sesuatu majlis sama ada rasmi dan formal atau tidak rasmi tetapi formal, pengetahuan asas tentang protokol majlis dan etiket penting bagi memastikan majlis yang ingin dianjurkan mengikut protokol yang sepatutnya. Jika kita sebagai tetamu, pengetahuan asas ini penting agar kita dapat menghormati majlis yang dihadiri.

Oleh itu, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan asas tentang protokol dan etiket majlis supaya suatu hari nanti jika kita perlu menganjurkan majlis atau menghadiri sesuatu majlis rasmi dan formal atau tidak rasmi tetapi formal, kita tahu cara untuk melaksanakannya dan menghormati majlis tersebut.

Sebagai individu yang bekerjaya pula, anda harus mempunyai pengetahuan asas tentang protokol dan etiket. Pengetahuan asas tentang protokol dan etiket majlis ini memberikan kredit tambahan kepada seseorang pekerja kerana pengetahuan asas tentang protokol dan etiket majlis ini memberi anda satu lagi kemahiran dalam pengurusan majlis baik sebagai pengurus majlis, petugas jawatankuasa penyusunan tempat duduk atau dewan, petugas jawatankuasa jemputan, pengacara majlis, penyambut tetamu dan sebagainya.

Jadi, diharapkan buku ini dapat membantu anda meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda dalam memastikan sesuatu majlis mengikut protokol dan etiket majlis yang sebenar. Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa pengetahuan asas tentang protokol dan etiket sangat penting untuk kita ketahui walaupun anda merasakan bahawa pengetahuan ini tidak diperlukan buat masa ini kerana anda tidak tahu masa anda perlu melaksanakan atau mengikut protokol dan etiket bagi sesuatu majlis.