Kemahiran bersosial jika tidak dipelajari akan menjadi satu penyakit yang boleh menggoyah keyakinan diri dan seterusnya menjejaskan reputasi diri sendiri.

 

Kemahiran bersosial bukan bermakna anda harus bersosial sehingga melupakan batas-batas agama dan tatasusila yang telah ditetapkan, tetapi sekadar mempelajari etiket sosial yang penting dan perlu diamalkan oleh setiap orang untuk memastikan perlakuan kita seharian tidak lari daripada landasan yang betul.

 

Etiket bermaksud satu undang-undang yang menentukan perlakuan, perangai dan kepatuhan terhadap perkara yang telah ditetapkan. Etiket sosial pula ialah batas-batas perlakuan yang dituntut dan dibenarkan dalam pergaulan sosial seharian yang membabitkan pihak-pihak lain. Imej seseorang dibentuk daripada cara beliau menguruskan diripadanya dari segi pakaian, cara bertutur, gerak geri, sopan santun dan budi bahasa serta dapat membuat penyesuaian dalam menghadiri majlis-majlis rasmi.

 

Buku ini memberi cara mudah untuk anda menguasai kemahiran bersosial dengan mendalami etiket sosial yang betul. Semoga kandungan dalam buku ini dapat membentuk diri anda menjadi seorang yang lebih dihormati dan disegani.