Sememangnya, pernikahan yang dilalui bersama dengan isteri membuahkan tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh kedua-dua pasangan. Sebagai suami, tanggungjawab anda adalah dengan melunaskan mas kahwin, memberikan nafkah zahir dan batin dan mendidik isteri serta anak-anak dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam.

 

Bagi seorang suami, tiada formula atau manual khusus yang paling tepat untuk anda. Namun, sedikit garis panduan dalam buku ini akan membantu anda menemui kaedah khusus yang paling sesuai untuk diri anda dalam apa-apa jua situasi keluarga anda. Semoga anda dapat mengenal pasti sesuatu yang bernilai dalam diri anda setelah membaca buku ini.