Pemakanan merupakan sumber yang utama dalam kehidupan manusia. Pemakanan yang sihat dan seimbang menjadikan manusia lebih sihat dan terselamat daripada pelbagai penyakit yang berbahaya. Terdapat banyak jenis makanan yang ada disebut di dalam al-Quran yang boleh dianggap sebagai superfoods kerana mempunyai khasiat seperti vitamin, mineral, protein dan lain-lain yang bukan sahaja dapat memberikan kesihatan yang maksimum kepada manusia bahkan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Penulis berharap agar buku ini memberikan manfaat kepada para pembaca.