Pada masa ini kita banyak mendengar tentang ramai remaja yang tidak mempunyai pekerjaan walaupun memperoleh kelulusan akademik yang tinggi. Ada juga remaja yang terpaksa bekerja untuk membantu keluarga dan kesukaran untuk mendapat pekerjaan boleh membawa tekanan kepada kebanyakan individu.

 

Buku ini ditulis dengan harapan dapat dimanfaatkan sebagai satu panduan untuk remaja terutama sekali remaja lepasan sekolah menengah yang ingin mencari pekerjaan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Buku ini juga sesuai untuk golongan siswazah yang masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai dan masih dalam pencarian.